Rasanya hampir semua umat Islam tahu bahawa hukumnya adalah haram jika seorang wanita Islam memakai gelang kaki berloceng. Wallahualam..
Haram hukumnya adalah kerana, ia akan menarik perhatian lelaki ajnabi untuk melihat wanita tersebut.
Bukan seorang dua, tapi ramai juga saya jumpa wanita yang bergitu. Memakai gelang kaki berloceng. Niat dihati memang ada untuk menegur..
Tapi saya cuma seorang hamba yang imannya senipis kulit bawang. Saya cuma mampu menegur melalui hati.
So, disini saya nak cakap dan menegur kepada wanita Islam. Tanggalkan lah gelang kaki berloceng anda semua supaya tidak menarik perhatian lelaki dan membuat dosa. Saya ikhlas menegur, maafkan kalau ada salah silap :)
p/s : Ayat macam tak betul sikit, tapi asalkan message nya sampai :)
No comments:
Post a Comment