Friday

Permulaan Semester Akhir

Hai. Apa habaq suma?


Sekarang kurang lebih dah seminggu kat Shah Alam, memulakan semester baru. Hari Jumaat lepas sampai sini, tapi duduk kat TTDI Jaya sebab hari Sabtu ada MUET. Hari Ahad lepas Mak Siti sampai balik dari kenduri kahwin dekat Semenyih, amik gua baru lah balik Puncak Penana.


Semester akhir ni ajak tak bernasib baik sikit lah, dapat rumah dekat tingkat 5 (LIMA) pheww! Dengar je dah semput, apatah lagi nak memanjat sambil bawak beg beg baju dan barang lain. Berpeluh pekuh gua. Lepas tu nak kemas bilik lagi, haihhh. 


Esoknya dah hari Isnin, hari permulaan kelas. Seingat gua hari Isnin tu lecturer banyak yang tak masuk. Kalau masuk pun sekejap jelah, bercerita pasal course outline. Lepas tu dah boleh balik. Biasa lah hari pertama memang macam itu.


Seterusnya hari kedua dan ketiga sampai ke-lima, kurang lebih macam tu jugak. Ada lah yang lecturer dah masuk, dah start mengajar pun! Haa, ada juga yang dah bagi tutorial. Sat lagi aku buat lah, malehnyaaaa. Hikhik. 


So far, lecturer semua rasanya okay kot. Oh, oleh sebab aku dah terbiasa tidur lambat masa cuti tuu, sampai sekarang aku still tidur lambat. Akibatnya, tersengguk sengguk dalam kelas. Biasalah, tidur awal pun sama je jadinya. Kann?

No comments:

website-hit-counters.com