Hampir setahun aku berhijab. Permulaan hijab aku pada tahun lepas, selepas awal Muharram.
Alhamdulillah aku diberi kesempatan untuk melindungi mahkota seorang wanita daripada pandangan ajnabi.
Alhamdulillah.
Pada permulaannya aku sering kali disoal mengapa bertudung? Macam mana boleh terbuka hati nak bertudung?
Jawapan mudah untuk kepuasan hati semua, "sudah tiba masanya." Mudah bukan?
Sebenarnya keputusan yang aku buat ini lagsung tidak teragak agak. Keputusan yang diambil dalam hanya beberapa bulan sebelum tiba awal Muharam. Alhamdulillah aku berjaya juga tunaikan :)
Kawan kawan dan keluarga yang sentiasa menyokong dengan perubahan ini, Alhamdulillah
Tetapi sesungguhnya aku manusia biasa yang melakukan kesilapan. Hijab aku belum sempurna.
Sekarang aku sedang menanam niat untuk berhijab dengan lebih sempurna. InsyaAllah satu hari nanti, aku berharap dan berdoa semoga aku akan berhijab dengan sempurna. InsyaAllah :)
No comments:
Post a Comment