Tuesday

seronokk :)

    Orang sekarang ini berperangai pelik, betul tak? Saya rasa betul je, sebab kadang kadang saya pun pelik jugak HAHA. Sebenarnya aku tak ada benda pun nak tulis kat blog ni, tapi terasa nak tulis blog. Biasanya kalau tak ada topik, aku akan merapu sikit la HAHA.

    Ohh, kerinduan terhadap si dia dah berkurang sikit. Sebab hari tu kami dah berjumpa! ^^. Seronok sungguh aku, dia datang JB sebab nak melawat kawan kami yang accident motor. Bak kata pepatah sambil menyelam minum air, kami pun mengambil kesempatan untuk berjumpa HEHE. Kami double date dengan Nan + Cok, kebetulan Nan pun turun JB sama. Kami menghabiskan masa di Jusco Tebrau City, menonton wayang. Lepas tu, kami makan dan duduk melepak dibangku dan barulah kami pulang. Nan dan si dia bermalam di rumah kawan mereka dia Uda.

    Keesokkan harinya, barulah si dia pergi melawat kawan kami di hospital Pakar Puteri. Dan pulang semula ke Muar pada hari Ahad. Walaupun tempoh lawatannya singkat, tetapi aku tetap seronok! Kawan kami yang di hospital khabarnya dia sudah menyedarkan diri. Pada malam aku menerima pesanan ringkas daripada mama dan Santa, aku berasa takut kerana bagaimana kalau perkara yang sama berlaku kepada arwah rakan sekelas aku berlaku kepada Kurt. Tak sanggup rasanya untuk menerima kehilangan buat kali kedua.

    Sesungguhnya kami bersyukur kepada Allah kerana memakbulkan doa kami. Dan kini, Kurt sudah kembali sedar dan kecederaan yang dialami adalah tidak teruk. Insyaallah Kurt akan kembali sihat :)

No comments:

website-hit-counters.com