Waktu-waktu malam macam ni memang dinanti-nantikan oleh ramai orang untuk merehatkan diri setelah seharian penat bekerja. Tetapi tidak bagi aku sebab hanya duduk saja dirumah akan membuatkan aku kebosanan. Aku boleh dikategorikan sebagai orang yang tidak mempunyai hidup kerana setiap hari aku menyibukkan diri aku dengan bekerja. Walaupun pada waktu cuti Tahun Baru Cina, tetapi aku tetap bekerja. Pada aku, baik aku bekerja daripada duduk dirumah tanpa membuat apa-apa. Lain lah kalau ada teman-teman yang ajak keluar. Sememangnya ramai kawan yang ajak aku keluar tetapi terpaksa aku tolak kerana kesibukkan aku pada waktu mejelang Tahun Baru Cina minggu lalu. Sorry ye kawan-kawan :) Sememangnya aku sangat merindui zaman-zaman persekolahan. Walaupun kadang kala diterpa kebosanan, tetapi tetap seronok! Sungguh aku merindui teman-teman persekolahan, terutamanya si dia HEHE yang sememangnya sudah lama kami tidak bertemu. Kali terakhir pertemuan kami adalah pada hari terakhir peperiksaan SPM matapelajaran Lukisan Kejuruteraan. Sesungguhnya menguji kesabaranku untuk setia kepadanya yang jauh dimata tetapi dekat dihati. Alamak , ter-jiwang sangat! Maaf -.- Kembali kepada kisah seharian hidupku yang tidak menarik dan membosankan ini. Kadang kala terasa ingin lari jauh dari sini untuk tenangkan fikiran dan merehatkan badan. Tetapi apalah sangat yang mampu dilakukan oleh gadis belasan tahun ini yang masih mengharapkan duit poket dari ibu bapa, haa kecewanyaa =.=" Akhirnya aku mengambil keputusan untuk terperap saja didalam bilik apabila pulang dari kerja, tiada jiwa l;angsung untuk keluar bersosial seperti sepupuku yang seperti sedang gila bersosial. Kelihatannya dia seperti anak anjing yang baru dilepaskan keluar dari rumah yang dirinya dikurung setiap hari. Dan mengambil kesempatan dari kebebasannya itu untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang tak berfaedah seperti melepak hingga ke lewat pagi. Ohh, cukup setakat itu bercerita tentangnya nanti dia terasa! Tapi ramai mengatakannya seperti orang yang tak berperasaan kerana bila ibu dan ibu saudara memberinya nasihat, dia menganggap itu seperti omongan kosong saja. Aku tak terhingin untuk masuk campur halnya. Biarkan lah dia :)
No comments:
Post a Comment