Wednesday

Valentine's Day

Assalammualaikum :) Apa khabar semua?

Dari awal bulan February ni hah, aku dah dengar kecoh kecoh pasal Valentine's Day. Baik Islam mahu pun bukan Islam, masing masing sibuk dengan Valentine's Day.

Aku rasa semua orang maklum dengan maksud disebalik Valentine's Day tuu. Mohon semua orang Islam tahu lah kan. Yelah, kau beria ia nak sambut tapi kau tak tahu apa maksud perayaan tu.

Dulu aku jahiliyah sikit. Aku tak pernah sambut lah Valentine's Day tu, tapi aku cuma tahu yang Valentine's Day tu untuk menyambut hari kekasih apa jadah tah kan. As I grow up (ecehhwahh, tetiba sepiking), aku mula faham lah apa itu "Valentine's Day"

So, aku tahu benda tu haram. Dengar dengar yang fatwa pun dah kata benda tu haram. Tapi yang aku tak fahamnya, kenapa ramai lagi umat Islam yang dok beria ia nak menyambut Valentine's Day ni hah. Kau ni tak faham bahasa apa?

Cehh aku tetiba emosi nii... :3

Yang aku perasan, rata rata yang menyambut Valentine's Day ni bukan orang yang dah kahwin tauu, tapi orang yang dok ghairah bercinta sakan macam nak kawin! Ya Allah, bercinta sebelum kahwin tak kemana dik oii. Bercinta lah selepas kahwin, direstui dan diredhai. InsyaAllah.

Hari kejadian Valentine's Day hari ini (semalam), makin ramai orang post pasal haramnya Valentine's Day. Tapi aku tak sure lah sama ada semua ke masyarakat kita alert dengan benda ni. Harap alert lah, taknak lah macam terpesong akidah kalau menyambutnya. Yedak?

Aku ada terbaca, sambut tak leh, ucapkan pun tak leh sebenarnya. Sama macam kes Hari Natal haritu. Kan tiba tiba keluar issu tak leh ucapkan Hari Natal kat orang bukan beragama Kristian.

Kita bila dah tau satu benda tu tak elok buat, so jangan lah buat. Aku pun cuba sedaya upaya masa tu tak ucap Hari Natal kat kawan kawan kristian aku. Valentine's Day memang aku takde lah nak ucap kat sesapa.

Ada jugak aku terbaca, tunggu lah sembilan bulan lepas Valentine's Day. Mesti banyak kes buang anak. MasyaAllah. Mohon takde kes macam tu lagi. Sedih aku tenguk baby baby yang kena buang tu semua. Hati binatang betul mak pak diaorang ni. Pandai buat, tapi taknak tanggungjawab.

Lagi, aku ada terbaca kat Twitter. Haram sesuatu hubungan itu (couple), jika si lelaki tidak berniat untuk mengahwini wanita tersebut. So, konklusinya, couple tu haram melainkan awak tu bebetul nak kawin dengan awek awak tuu.

Haa, nak kawin tu duit dah cukup? Memang bagus kawin muda. Syaitan nangis tau kalau kita kawin muda. Tapi make sure kita mampu nak tanggung anak dara orang yeeee.

No comments:

website-hit-counters.com