Hai semorang!
Aku rasa sekarang ni masa cepat sangat berlalu. Aku rasa macam baru lepas tenguk Ombak Rindu semalam dan head banging layan Hujan dan Bunkface kat DSB. Padahal benda tu dah seminggu berlalu. MasyaAllah, masa memang tak menunggu kita.
Tutorial makin berlambak lambak. Hari hari belajar benda baru. Dengan itu, hari hari jugak otak ni kena absorb benda benda baru. Ya Allah, kuatkan lah ingatan kami. Mampu ke nak habiskan semester yang penuh likuk ni? InsyaAllah dengan izin Allah kami mampu! *semangat*
Oh, sekarang ni musim orang sakit lah dekat Puncak Pernana ni. Aku sendiri pun selesema selepas roommate aku sendiri selesema dan demam. Budak budak kelas aku tak yah cerita, berlumba lumba bersin dan sedut hingus masing masing.
Yelah tenguk sekarang kan musim hujan. Kadang kadang hujan, kadang kadang panas. Cuaca tak menentu. Puncak pulak sekarang air tengah kotor, gua sendiri ni pun dah lama tak minum air masak. Hmm, dehydrated badan gua.
Berdoa dalam hati semoga gua tak demam. Mohon kepada-Mu Ya Allah, kuatkan badan hamba-Mu ini, amin. Kalau sakit, tak tahu lah acane nanti. Kelas bukan kemain lagi pack dia. So memang taknak demam dan insyaAllah tidak :)
Oh minggu ni cuti sampai hari Isnin. Tapi gua tak balik jugak. Kenapa? Sebab gua malas. Penat kat jalan je nanti. Lagipun esok nak g PWTC, Papa nak convo :D
No comments:
Post a Comment