Saturday

Ramadhan

Assalammualaikum semua ;) 

Dah Ramadhan ke berapa kita sekarang ni? Aku malas nak kira kira ni, lagipun bukan gemor sangat nak kira. Hargai Ramadhan, bulan yang lebih baik dari seribu bulan. 

Acamam semua puasa setakat ni? Hihi, aku perempuan lainlah bros. Start dari 2 minggu lepas dan aku rasa akan membawa ke final exam nanti, aku akan busy gila. Dengan assignment yang still on hold lagi. Tutorial ditambah nak catch up study. Okay, gila sat.

Sometimes aku nak juga masa masa aku untuk berkeseorangan. Dah lama aku tak buat mcm tuu. Ingat hari ni nak buat mcm tu, tapi alang alang aku dah ada kat bawah tadi, so aku g bazar dan berbuka puasa dengan kawan kawan TEKA gua. 

Gua punya selera makan sekarang ikut mood gua lah, gua rasalah. Yelah contohnya macam hari ni, gua takde mood sangat so gua makan pun kuih aje. Pukul 12 lebih tadi baru turun cari makanan, sebab dah lapar sangat. Campur dengan sahur sekali. 

Selalu gua berbuka dengan classmate gua. Kalau rajin, keluarlah. Tapi setakat ni gua berbuka, first time g bazar dengan berbuka dekat dining. Selalunya memang keluarlah, hihihi. Sahur diawal pagi, dalam pukul 1 2 gitu. Balik tidur, bangun pukul 5 minum air aje. 

Hari tu gua sahur minum susu dengan cereal, satu hari gua cirit birit -_____-" Gua baru tahu yang susu tu tak elok minum masa pewut kosong. Or maybe hanya aku aje yang mempunyai alahan seperti itu? Hmm, mungkin. 

Ramadhan ini juga aku sehabis mungkin untuk berlari ke surau waktu Isyak dan terawikh sekali. Setahun sekali aje kita berterawikh, so apa salahnya spend time sikit kat surau tu, pahala pun dapat. Mana tahu, takde jodoh nak berjumpa dengan Ramadhan tahun depan. So precious the time masa ni :) 

Tapi biasalah, dah kenyang dengan berbuka masa solat tu memang dugaan habis mata gua ni. Tapi sehabis mungkin gua tahan, buat 8 rakaat pun cukup lah. Setiap malam Ramadhan ni, berterawikh ada pahala pahala dia tersendiri. So aku cubalah rebutkan pahala tu.

Aku berharap puasa aku diterima, ibadah aku diterima hendaknya, insyaAllah. Aku mendoakan korang pun samalah ye ;) 

No comments:

website-hit-counters.com