Sunday

Rasa panas yang melampau

Assalammualaikum and hello. 


Semalam kteorang overnight, first pergi Look Up Point kat Ampang. Aku ingatkan stay sana sampai pagi ke subuh gitu. Rupanya sana tutup pukul 2 -.-" Dalam sejam lebih gitu kat sana, dah kena blah. Habis memang dia dah nak tutup kan, nak  buat mcm mana


But the thing is, memang syiok ah naik atas sana. Nampak satu KL kot. Kalau untuk pasangan pasangan bercinta, memang romantik habis lahh tak payah cerita. Cool sumpah cool. Tak rugi g sana


After 2 tuu, turun. Duduk lama jugak lah kat bawah tuu. Dok bincang nak ke mana selepas itu. Almost half an hour jugak lahh. Last last decide g Putrajaya, lepak kat jambatan sana.


Cool jugak, untuk pasangan pasangan bercinta. Duduk bawah jambatan tuu. Dengan angin pagi menghembus hembus, ayooo sejuk gila. Dah lah feeling gua nak shishi memang di tahap kemuncak masa tuu.


Around 6 gerak balik Puncak, before tu g breakfast dulu kat Rahmat Bistro. Balik, solat terus tidur.


Sedar dalam pukul 11, mandi. Sebab pukul 12 ada taklimat koko. First time g taklimat koko kena pakai baju kurung. Selalunya sports attire. Not cool. Dah lew buat kat bilik seminar. Di sumbatnya 3 batch kat dalam tuu. 3 batch utk 2 fakulti. 


Sumpah panas. Air cond pulak macam takde function. Pehh dia punya sauna, dengan orang bising lagi. Dari pukul 12 sampai almost 3 o'clock dok dalam tuu. Habis taklimat, beratur untuk pendaftaran pulak. Adehh panas panas.


Habis daftar semua, lapar. G dining, boleh pulak dia tutup. Cafe memang tak payah cerita kalau dining dah tutup, dia punya ramai mcm mana. Dengan bahangnya lagi kann. So, kami ke Giant untuk lunch. Giant pun rasa panasnya do.


Habis makan, minah minah ni g cari tudung. lepas tu blah. Kat rumah ni kira okay lah, sebab kipas laju gila ! Cool.

No comments:

website-hit-counters.com