Wednesday

Busy Party People

Assalammualaikum semua (:


Serasa lama tak update blog gua yang tak seberapa ini. Rindu rasanyaa *pelukciumsikit*


Bukan sengaja taknak udpate, tapi terlalu busy katanya ;p Maklumlah semester baru ni agak tough sikit.


So, minggu lepas aku ke Melaka. Bersama beberapa orang rakan seperjuangan, pergi menonton teater Meriam di UiTM Kampus Bandaraya. MasyaAllah, padatnya Melaka -,-Rasa nak jerit jerit aje, dengan kereta banyak, traffic light yang memang amat lama. 


Oh, sebelum tiba di kota Melaka Bandaraya Bersejarah. Pelbagai tragedi berlaku (err padahal satu aje) Tragedi tayar meletup di highway dekat dengan Melaka. MasyaAllah, dugaan apa yang Allah nak tunjuk tu.


Tapi Alhamdulillah, ada juga lelaki dalam kereta tu. Kalau tidak, tak tahu lah macam mana. Lagi satu, aku sebagai co-driver, nasib baik ada pengalaman pasal kes tayar pecah ni. Kalau tak, panic driver kteorang. 


Sampai di Melaka, dibawa makan Yong Tau Foo kat celah mana gua tak ingat. Nak dekat dekat ke Majid Tanah rasanya? Pukul 745 gerak UiTM, teater start pukul 830. Tapi biasalah orang Melayu, katanya pukul 830, tapi tak juga start lagi -,-


Dalam pukul 10 giteww kami bergerak balik ke Shah Alam. Balik ni tak lalu highway, kami lalu jalan kampung sampai ke P.D. So, lalulah UiTM Lendu dan sebagainya. 


Pukul 2 pagi selamat tiba di Puncak. Mesti tertanya tanya kenapa lambat sangat kann? Sebab pakai tayar spare tak boleh bawak laju. Nak mati ka? 


Esoknya gua ada induction kat Induk. Stay sana sampai Maghrib. Juniors sangat sporting, diaorang best (:

No comments:

website-hit-counters.com