Monday

Youth Adventure

Hullo

Dengan ini ingin saya menyatakan bahawa, saya telah berjaya mengharungi cabaran paling mencabar dalam Skytrex di Bukit Cerakah.

Dia punya cabaran tok seh ceritaaaa, boleh buat gaduh !

Hokay hokay, moh laa kito cerito samo demo semuo ye XDD (Slang aku bercampur baur, maaf aku dibesarkan tanpa slang. Kalau Nabilah dengar nii memang aku kena maki HAHA)

Oke, bermula pada pukul 0615 pagi aku bangun dengan semangatnyaa mandi dan bersiap. Tapi last last turun berkumpul lambat gak, tunggu Mia bersiap semua haa.

Perjalanan pagi kami dimulakan dengan kuliah Subuh, eh tak lahh guro jea teman. Dimulakan dengan Bismillah, memohon keberkatan Ilahi agar selamat perjalanan pergi dan balik kami. InsyaAllah. Dan saya, sebagai seorang konduktur bus tak bertauliah memulakan pekerjaan pagi ituu. Dengan mengambil attendance murid murid.

Sesampai saja di Bukit Cerakah, atau lebih dikenali sebagai Bukit Cahaya Seri Alam something, aku bantai taram jea. Kami check in, dengan diberi sarapan pagi oleh Biro Makanan kami yang terbaik, Ayuni Zahraa ! 

Lepas tuu dalam pukul 0900 kami masuk ke dalam kawasan kaunter. Kumpulan satu, iaitu kumpulan mangkuk biru dah selamat masuk ke dalam. Selepas itu, kumpulan dua kumpulan mangkuk putih dah naik bas skytrex, kami pun follow ke tempat menunggu. Terasa macam tenguk kambing nak kena korban T_________T HAHA

Kami pula jadi kambing korban pada pukul 1030. Breeze pagi sangat best, diaorang buat kerja gila dengan dok melambai lambai kat orang yang naik ke bukit tuu by bicycle or by legs. Haihh budak budak group aku, mangkuk hijau namanyaa. Comel jea kan? Ehemm

Tunggu punya tunggu, sampai turn kitaorang. Pada waktu yang dijanjikan, iaitu 1130. Kami dipakaikan dengan bendalah apa ntah utk safety kami kami yang comel nihh. Pada mulanya terasa agak malu, sebab seperti tersepit dicelah kelengkang. Tapi disebabkan semua orang macam lek lek jea, aku pun lek jelahh (:

Kami diberi briefing ringkas pasal nak guna, haishhh lupa dahh tiga benda penting masa skytrex nii. Adalahh bendalah cangkuk cangkuk tuu kan, haa. Masa masa tengah briefing terkeluar seekor lipan besar, kaler merah ouh ! Menjerit kerit bebudak ni, aku pun seram tapi takde lah jerit. Takat lari lari anak jea XD

Dalam pukul 1200 naik flying fox pertama. Mak oii sebelum ber-flying fox, kena panjat tangga dulu ouh. Tinggi gila, sampai nak tercabut tangan ni haa. Bayangkan pokok yang besar tuu, tinggi tulahh kteorang kena panjat. 

Yang paling jadi lawak of the program is, bila aku tengah syioookk flying fox, dah nak sampai ke hujung, dah sampai ke hujung aku punya bendalah tuu menendang balik ouh. So aku berpatah balik. Tapi tidak ke permulaan lahh. Aku pun tergantung gantung disitu, sambil tunggu diselamatkan. Best jugak rasanya tergantung kat atas tuu, rasa macam free jea.

Haa, cabaran selepas itu. Mak kauuu, jangan cerito ! Memang sumpah buat gaduh habis ouh. Ada satu part tuu yang paling aku rasa macam nak bunuh diri jea, part kena jalan atas batang batang paip yang bergoyang goyang. Boleh pula masa aku kat tengah tengah, sedang rehatkan diri dan tangan lenguh, angin tertiup. Mau tidaknya berhayun aku kat situ. Seram gila 

Habis kat batang paip, aku rehat lama kat check point. Sumpah kat situ jea makan tenaga aku banyak gilaaa. Lepas tuu kena jalan atas tali yang dia buat bentuk "V". Haa ni lagi satu benda buat gaduh. Dah laa aku ni "tinggi" kann u ols. Tergapai gapai kaki aku nak ke tali tuu. 

Menjadi sekali lagi lawak of the day aku bilaa, aku terlepas satu kaki dan satu lagi kaki aku tahan tak kuat. Mau tidaknyaa aku terduduk sekali lagi disitu. Terus dikeluarkan suara "Abanggg, saya tersangkut banggggggg" Abang tu pun terus, to the rescue ! Ditolaknya aku supaya pegang ke tali seterusnyaa. Aku yang dah sedap duduk ni haa, rasa macam tak moh bangun HAHA

Check point lagi satu pun lebih kurang jea, tapi ni versi pendek sikit ah. Ohh aku teringat ! Masa aku dok kena selamatkan masa tersangkut kat flying fox tuu, amboi sesedap rasa jea abang tuu dok kutuk kteorang "Asal awak ni semua satu size?" Faham dok perkataan size disitu? Maksudnya, kami ni semua pendek pendek belako -_______-" Abang ni nak gurau gurau Israel pulok kat situ ye.

Lepas daripada "V" versi pendek, kena panjat tangga lagi. Adeh memang lemah nak memanjat manjat ni. Lenguh tangan nak pegang, kalau rendah takpo ni tinggi merenjau. Masa aku dok panjat tuu, boleh pulak hujan turun. Nasib baik sikit jea hujannya. Kalau lebat, tak ke naya kami kat atas tuu?

Lepas tangga, kena cross ke check point seberang jalan atas satu tali. Aduyaii nasib baik aku tak gayat, aku cuma bermasalah nak balance badan jea. Haihh susah benor. Next next check point dah tak mencabar sangat ah. Biasa biasa jea, tapi sebab tangan dah sakit en, rasa macam tak larat dah -__________-"

Abang abang check point sumpah handsome handsome belaka ! Adehh, aku yang rasa macam nak quite ni punn rasa macam sayanggg jea KEHKEHKEH.

Bila dah habis tuu, ya Allah nikmatnya dapat pijak tanah balik ! Memang pengalaman sekali seumur hidup ! Macam biasa lahh kalau program outdoor ni, semua tumbang dah. Aku jea masih gigih berjaga ! HOHOHO

Aku nak buat account, KBYE !

1 comment:

Shiro Petta Petto said...

haha... aku nak ikut pergi bukit cerakah laa... XP

website-hit-counters.com