Tuesday

Anak Tengah = Anak Pelik

Hai.

Aku ada sebuah family, yang dikatakan takde laa aman damai. Biasalahh hidup kalau cliche takde lahh keseronokkan disitu kann? So, family aku ni punn penuh laa dengan gurau sendau dan pergaduhan.

Aku anak perempuan tunggal. Satu satunyaa anak perempuan Mak. Dah laa tunggal, anak yang tengah pulaa tuu. Daripada 5 orang adik beradik. Yang dimana lain itu semua lelaki. Ish ish ish

So, saya sebagai anak perempuan sorang, terpengaruh dengan perangai abang abang saya. Nak buat macam manaa, saya ni memang anti-social dari kecil. Saya kawan dengan abang abang jelahh. So, main apa apa semua dengan diaorang. 

Saya masa kecil kecil apa barangg main barbie? Saya main pistol. Kanak kanak pmpuan lain main masak masak, saya main kejar kejar. Mak pun tak biasa belikan saya barang barang pmpuan ni. Saya ada le pakai dress bagai tuu, tapi selalunya pakai seluar lahh

So, saya pun membesar dengan keadaan begini. Akhirnya saya jadi terbiasa dengan lelaki, dan konklusinya saya mudah bergaul dengan lelaki. Saya tak reti social dengan pmpuan.

Biasanyaa kawan kawan lelaki saya akan tanya saya berkali kali, "kau ni lelaki ke pmpuan? Kau lelaki kannnnn?" 

Sorry to say, saya lebih faham naluri lelaki berbandi naluri wanita. Tapi tak bermakna saya nak jadi tomboy ke penkid ke. Tolonglahh saya ada agama dan pegangan hidup. Apa rasa wanita jalin hubungan dengan wanita? Kan dah menentang hukum alam tuu

Jadi saya masih lagi seorang wanita, yang sangat baik dengan lelaki berbanding wanita. Sebab diaorang punya hati dan perasaan tak yah nak dijaga sangat, bantai kutuk macam hapa punn diaorang still lepak jea. Kalau pmpuan, jangan harap !

Ohh, jap dah lari topik. 

Saya juga ada perangai pelik. Yang sangat orang lain susah nak faham.

Saya suka bersendirian. Seriously. Muka saya sentiasa ketat, so biasanya orang akan assume saya marah. Saya suka pendam perasaan, which is saya tak suka cakap dengan orang perasaan sebenar saya. Sampai lahh satu ketika nanti

Saya akan diam jea bila orang nak cakap apa pasal saya, saya takkan melawan. Bukan apaa, tapi malas. Saya tak suka bergaduh. Saya lebih besikap menerima. Saya akan diam bila orang blame saya padahal bukan salah saya. Biarlahh orang assume salah saya padahal bukan, malas nak melawan

Saya suka benda benda pelik. Orang lain suka underestimate saya. Padahal orang tak tau punn capability saya yang sebenarnya, tapi main cakap jea. 

Perkara di-underestimate ni selalu berlaku sebenarnya. Tapi macam malas nak cakap kann. Biarlah orang tak tau apa sebenarnya kebolehan akuu daripada orang high expectation kat akuu. 

Alas, saya pelik. Trimas !

No comments:

website-hit-counters.com