Hello hello.
Semalam entah kenapa seorang classmate text saya, dan mengajak saya keluar (:
Sedang ber-text-an dia ajak saya keluar kepala kat tingkap. So, kami punn tingkap-to-balkoni conversation.
Kebetulan sebelum tuu aku dah plan dengan housemate ingat nak g jogging. Memandangkan semalam merupakan public holiday, dah semua orang pun muka macam bosan gila nak mati kann.
Last last cancel, aku follow diaorang g Sunway Pyramid (:
Pukul 9:00 dah kena berkumpul kat bus stop depan. Aku pun semangat lahh, lepas subuh tido japp. Pukul 7:45 bangun.
Bangun awal bukannya sebab excited sangat, tapi semalam malam aku rendam baju. Nak basuh balik karang mesti dah penat. So, aku decide sebelum gerak basuh la baju dulu kann. Alang alang nak mandi sekali.
Pukul 8:45 dah siap berbaju bagai. Pukul 9:00 turun gazebo
Tunggu mereka mereka sambil tunggu bas sekali, dalam pukul 9:20 gituu bas sampai. MasyaAllah mentang mentang public holiday, awal awal pagi diaorang dah keluar, penuh gilaa bas. Aku rasa dalam dua kali aku g Sunway dalam sebulan ni, sekali pun tak pernah dapat nak duduk -..-"
Tak dapat duduk tuu biasa lahh, ni sampai kena squeeze macam sardin dalam bas tuu, apa cerita ?
Bas penuh dah bergerak meninggalkan lelaki lelaki kat luar tuu. Sampai PKNS kena pula tunggu mereka sampai, stress macam ni. Dah laa pagi, lapar pulaaa
Naik bas g Sunway pun penuh. Haihh, tak faham akuu.
Nasib baik aku diri atas tayar bas tuu sambil pegang tiang. Takde lahh aku nak berlanggar bahu dengan orang kalau bas tuu break emergency !
Sampai jea, first thing first beli ticket wayang. Haa mereka mereka ni nak tenguk Paranormal Activity 2. Aku dengan warga warga perempuan dah geling geling kepala taknak tenguk. "Takuk" --> "Takut"
Tapi aku tak ye ! HAHA
Dengan line nak membelinya punya lahh panjang, masyaAllah. Sabar betul mereka ni nak beratur. Sanggup ! layankan jea
Habis line dah beli ticket, perut aku dah meronta ronta nak makan nii. Nak pilih tempat makan punn, haa tu diaaa punya payahh
Kalau ikut aku makan jelahh mana mana, tak kisahh. Last last makan BK. Kenyang nak mati. Campur semua orang punya fries, last last tak terabis ! Kasi kat si Wang dengan Akhmal makan.
Kisah Paranormal Activity 2 pun bermula.
Permulaan agak sial jugak lahh, sebab dia buat mcm orang amik homevideo. Senget sana sini, nampak mulut jelahh bagai. Pening kepala aku
#1 night, #2 night sampai night ke berapa seingat aku nothing much happen. Cuma ala manja manja terperanjatkan orang jea.
Lepas tuu klimaks diaa pun, alahaii aku tak sempat pun nak jerit. Rasa seram pun idok
Orang depan aku bawah bawah sikit tu haa menjerit macam hapaa -.-" Aku rasa memang tak seram punn
Bukan nak cakap besar ke hapa, tapi sumpah TAK SERAM !
Lepas wayang jalan jalan jap. Pusing sana sini, dalam pukul 6 balik.
Nak balik punn, haa tuu diaa punya ramai orang. Naik sampai terpenyek penyek muka aku kat pintu bas tuu. Nasib baik abang kat sebelah aku tuu oke. Dia takde lahh mengambil kesempatan apaa. Siap tanya lagi, aku oke ke tak. Sebab obviously dia penyekkan akuu, HAHA.
Oleh kerana terlampau ramai sangat, bas pun overload dan sampai tayar pancit. Terpaksa lahh turun balik. Nak tunggu second bas macam agak berejam, so kami naik teksi
Ngam sampai PKNS, bas balik Puncak pun dah adaa. Berlari marathon kitaorang nak naik bas. Alhamdulillah sampai Puncak before Isyak. So tak terlepas lahh Maghrib. Sebab masa dalam bas tuu tengah Maghrib.
Malam lepas Isyak, dengan penuh semangat kesukanan kitaorang main badminton pulak. Mak kauu dia punya penat, tak payah cakap lahh.
End up, aku main macam hapaa. Nak loncat pun malehh -.-
Tapi sumpah penat semalam. Ni pun mata mengantuk mintak tido nii.
OK Bye
No comments:
Post a Comment