sehari sebelum berpuasa , plan untuk pulang ke Johor dibuat . oleh sebab kami tak dapat nak sambut puasaa sama sama dgn keluarga (frust) , so minggu pertama puasa pun balik lahh kami . beli tiket sekali untuk balik raya , hehe :)
semangat berkobar kobar menanti saat nak balik , amboii bukan kemain lamaa lagi rasanyaa nak tggu hari Jumaat . barang barang yang nak dibawa balik dah siap siap plan , beg sumaa segala bagai . jeng jeng jeng tiba hari yang ditunggu tunggu , kami terpaksa balik pada waktu malam walaupun kelas pukul 10:30 (tuu aku) dah habis . walaupun bulan puasa , kokurikulum dijalankan seperti biasaa . kesatria habis pukul 7 tapi dilepaskan awal (sebab puasa) , lepas habis jea kesat , beli makanan (kuih muih) , sementara tggu masuk waktu sempat mandi wangi wangi kemas sikit lagi barang barang dan berbuka ! pukul 8 masing masing dah bersiap tggu kat bus stop Puncak Perdana
bas sampai around 8 something , naik bas pergi PKNS . makan McD japp , naik teksi pergi Seksyen 17 . malangnyaa bas ni sangat laa LEMBAB ! grr geram akuu , punya laa kteorang rushing , sampai makanan pun tak sempat nak hadam nak kejarkan bas tapi bas mcm haram sampai dekat pukul 11 gituu haa (sangat menyakitkan hati) dah laa penat en . sedap jea mulut aku sound abang tuu , tak tau laa dia dengar ke takk en lantak aa . disebabkan kepenatan ditambah dengan dah lewat malam , sekejap jea mereka mereka ni dah tido . aku dengan Fara pulaa dok berbual manjang hehe (bergosip laa tu maknanyaa ye :p) tuu pun tak lama sangat lepas tuu tido dahh . aku ni tido tido ayam jea , tak selesa laa wehh
dalam pukul 3 gituu alhamdulillah , sampai di bumi Johor Bahru . Ayah amik :) aku balik jea mak dah bagun , nak masak untuk sahur . cehh takde laa masak sebenarnyaa , lebih kepada panaskan lauk jea hihi . tapi mak adaa la juga masak sayur en . aku pulaa lepaskan gian tnguk TV , ayooo dah lama maa tak tnguk tv rindu samaa ASTRO haha . sajaa jea nak tnguk perkembangan semasa , lagu lagu baru , gossip gossip en . then bersahur , lepas azan subuh baru laa aku tido sampai pukul 1 tengah hari hihi
bangun , lepak lepak kat rumah jap . pukul 3 aku pergi rumah mama , sajaa jea nak melepaskan rindu didada . lagipun papa adaa pesan , kalau balik johor singgah laa rumah . mama ajak berbuka samaa , tapi Ajoy gedik nak pakai kereta . pukul 6 diaa suruh aku balik dahh (dengki betul) terpaksa aku tolak tawaran mama , lagipun mak masak laksa . yum yumm favorite :) berbuka bersama keluarga dan tok bak yang kebetulan datang . malam tuu lepas isyak , aku sekali lagi menjadi pengunjung rumah mama membawa bersama si mia dan fika . papa jamu kitaorang dengan satay , fuhh kenyang gilaa perut ! alhamdulillah rezeki :) dalam pukul 11 lebih kitaorang pun beransur . memang dah adaa niat dalam hati nak pergi McD abang handsome ! walaupun dah agak larut , ktaorg singgah jugaa . tapi sangat malang nasib akuu , dia takde :'( sedih sangat !
esuknyaa awal pagi aku dah bangun , kemas kemas barang sikit . lepas tuu ddk berbual dengan makcu , bercerita segala bagai . tengah hari lepas mandi , aku pergi kilang pulaa . sajaa jea nak melawat , sambil sambil tuu niat nak online japp . duduk tak sempat nak panas buntut , dah kena melayan orang kat kaunter . ramai pulaa tuu -.-" tak masal gua dah wangi wangi ni jadi busuk balik berpeluh , haihh . tapi takpe laa bkn selalu . dekat pukul 3 gua balik amik barang , naik kereta blah g larkin . fuhh sesak wehh ! sempat jumpa NASRI kejap , rindu kat nas ! nas pun nak balik UIA , dengan "kawan" diaa hehe . bas aku pukul 3:50 ,
Alhamdulillah selamat sampai dalam pukul 8 lebih dekat pukul 9 gituu , diaorg bawak barang masyaAllah banyaknyaa . back pack ditambah dengan beg tepi lagi segala bagai , makanan fuhh mak nyahh tenguk , lenguhnyaa nak bawaa -.-" aku punya barang laa paling sikit , back pack kecik jea hihi . naik teksi g PKNS , makan McD (lagi) sebab dalam bas stakat alas perut jea . pukul 10 kutt baru sampai Puncak , Shah Alam menjemput kedatangan kami dengan hujan yang renyai renyai , ddk kat dalam bas Rapid KL yang sejukk dengan perasaan nak shishi lagi ayoo sakit pundi kencing akuu ! sampai rumah drop sumaa barang , toilet dulu aku pergi haha . fuhh legaa beb gua cakap lu
(entry ini dipost dikala aku sudah sampai di Puncak , sebab aku takde masa nak post kat Johor sedih kann ? T.T)
No comments:
Post a Comment