Semalam sedang aku seronok seronok menonton SPONTAN di YouTube , Mak menggendang pintu bilik . Selepas pintu dibukan tersembul muka Mak yang sedang bersiap siap memakai tudung Nak ikut tak g makan steamboat ? Aku yang sedang terbaring sambil terbatuk batuk berkahak hanya menggelengkan kepala . Hampir semput melayan video Spontan , ketawa tk berhenti penat nyahh ! Agak agak dah separuh mati aku ketawa dalam bilik sorang sorang aku keluar , tnguk Mak tak gerak lagi . Dengan Ekal yang masih bertuala , Ayah yang berlengging , Mai yang tengah mencari cari seluar jeans . Mak dah bising bising sbb sebelum g Rawa tuu dia nk singgah Larkin jap nk hantar kain utk buat baju kurung
Dalam pada masa itu aku sempat bermonolog dalam diri , ikut pun oke jugaa takde la bosan ddk kat rumah , rumah pun takde orang nnt sbb kejap lagi Amat nak keluar . Selepas Ayah habis mandi , meluru aku ke dalam bilik air . Tak sampai 5 minit aku dalam bilik air , hahaha betapa fast forward nyaa aku mandi bayangkan lahh . Lepas habis shampoo rambut dgn badan , sambil gosok gigi sambil bersihkan badan dan rambut hahaha . 2 in 1 beb ! Cuma tempoh bersiap agak lama sikit laa sbb nk keringkan rambut lagi kann , tapi ekceli takde lahh makan masa lama sangat utk aku bersiap . Rasanyaa aku siap saing saing Ayah gituu , haa :)
Selesai urusan di Larkin Ayah terus ke Rawa di Pelangi Indah . Sampai sajaa kami disitu , mak aihh ramainyaa orang nasib baik adaa 1 meja kosong terus kami duduk . Nasib baik aku adaa pengalaman makan dengan budak budak lelaki hari tuu utk celebrate Birthday Nyet yang tak jadi tuu . So aku pun leading , chewahh bangga . Aku suruh adik adik aku amik apaa yang patut laa . Like udang ayam daging bola bolaa , sayur jea diaorang tak amik . Sebab kitaorang ni jenis bangsa yang tak suka makan sayur hahaha . Bila aku bangun balilk utk amik pinggan mangkuk sudu garfu sambal sumaaa , Mak dengan Ayah dah kepelikkan . Memang kena amik sendiri ea ? Semuaa layan diri ea ? Itu lahh antara soalan soalan yang terpancul dimulut mereka
Makan memang gila gilaa la yang penting . Tapi tak lahh segilaa makan dgn budak budak lelaki tuu hahahaha . Ayah lahh antara pemakan yang paling lama bertahan , Mak surrender dulu haha . Mak cakap Dah overload dah perut ni hahaha relaks laa Mak , mak makan bukan banyak manaa pun :) Dekat pukul 11 kutt ke 10 lebih baru balik tu punn perut masing masing mmg buncit gilaa
No comments:
Post a Comment