Oke , err cop cop . Kenapa aku suka mulakan blog aku denga perkataan OKE ? Oke , see OKE lagi . Hmm aku kena cari perkataan baru , (berfikir sejenak) fine takde idea . So apa kataa stick to perkataan OKE , oke ? ahahaha , boleh guling guling ketawa masa buat entry kali ni :DD Terkinja kinja kejap OKE sebab belum ada pengganti diaa , ahaha *err ape aku mengarut ni ? -.-"
Berbalik kepada tajuk diatas , sebenarnyaa pergi ke Benut ni aku tak tau punn . Tau tau je , pukul 12 lebih tadi Mak dengan slumber nyaa gendang pintu bilik . Hampir roboh dibuatnyaa , kenapa hampir roboh ? Sebab aku tidur mati , ahahahaha . Mak pulaa bising bising kt luar bilik , apa anak dara dah tengah hari tak bagun ? bla bla bla biasalahh syarahan mak mak ni . Kenyang aku tengah hari tuu , ahaha . Dua hari berturut , aku tidur dengan laptop tak shut down . Hoii ama , kau ingat mak kau tuu ada share dengan TNB ? ahaha , sorry sorry again tertido maaa . Korangg tolong la simpan rahsiaa ye , jangan bagitau Mak ! ahahahah , confirm dapat syarahan lagi nanti
Lepas hampir hampir cair tahi telinga aku dibuat Mak , Mak akhirnyaa memberitahu tentang tujuan asal diaa kejut aku tengah hari tu . Nanti pukul 2 teman Mak g Benut . Benut ? Buat apaaa ? Berbagai bagai persoalan berlari lari dalam otak aku ni . Mak nak tunjukkan jalan kat Akak , dia nk bawak ayah dia berubat kat tempat Tok Mak berubat tuu , lepas hantar kita balik lahh . *Akak , ingt tak post aku pasal Kursus Kementerian Kesihatan Malaysia tuu ? Haa , orang yang samaa ! :) Fuhh , nasib baik hantar je tak perlulahh menunggu kan . Mula mula agak malas , tapi bilaa Mak pujuk pujuk . Oke laa Makkk , walaupun rela dalam paksa .
Dari pukul 12 nak tunggu pukul 2 tuu macam lambat betul lahh , perut rasa macam lapar macam takk . Mak pulaa tak masak hari ni , alahaii makan apa ye ? Penat aku pusing pusing kat dapur tu cari biskut oreo , rupa rupanyaa adik aku letak dalam bilik diaa . Hampehh punya budakk ! Berbekalkan biskut oreo dan air teh Mak , ni lahh makan tengah hari aku . Betapa diet nyaa aku , ahahaha . Duduk tercongok kat depan TV , tenguk cerita GLEE . Masa bukaa dh nk habis , frust aku kejap . My favorite show man . Fine , lepas tu cari laa channel lain . Buka Hallmark Channel , cerita THE OPRAH WINFREY SHOW . Show kali ni , dia jemput budak budak yang berbakat . Seorang penari dari Britain , tk sempat nk tenguk full dance diaa . Tapi ending , sangat cool ! Seorang penyanyi dari Norway , beautiful voice . I think I adore you ;) Seorang pemain piano dari China dengan tiga orang pelajarnyaa yang baru berumur dalam lingkungan 8 tahun gitu , main piano dengan sangat laju , best gilaaa ! Seorang lagi penyanyi berumur 17 tahun , dari Filipina nyanyi lagu Note For God , fuhh suaranyaa sangat lantang . Wish have that kind of voice
Sedang sedang asyik menonton sampai akhir rancangan , tak perasan jam dah pukul 2 . hehehe . Tengah berlari lari dalam bilik sambil bertuala , Mak call . Dah siap belumm ? Perit telinga dengar jeritan Mak , bila aku cakap baru nk mandi . Fuhh suara diaa lagi lahh . Lincah lincah aku mandi , 10 minit siap . hihihi :) Baru nk keluar rumah , Mak call lagi Jalan kaki kau datang kilang , mak malas nk pusing pusing . Kebetulan kat luar dah nak hujan , aaaa kejam betul Mak ni . Tapi , elehh kalau setakat kena hujan sikit bukannya mati pun kann ? Lenjan jelahh . Perjalanan agak slow , husband akak bawak slow . Unsual , Mak bawa dalam 120 km/h dan kebawah . Apakah ? Sangat lembab ni , haihh . Dalam lambat lambat tuu , sampai jugaa la kami ke sanaa . Tapi memang boleh tidur la sementara tunggu sampai tuu -.-" Lepas mak pesan itu pesan ini kat Akak , kitaorang pun bertolak balik . Mak cakap lapar , sebab pagi makan 2 keping biskut je . So , decide nak makan dulu sebelum bertolak balik Johor . Pusing pusing cari kedai makan , agak susah nk jumpa jugaa ye . Then jumpa satu kedai makan , RESTAURAN JUMAAT . Rasanyaa owner dia nama Jumaat kutt ? ahahaha . So , kami order Nasi Ayam . Sebab nak cepat , malas nak tunggu . Memandangkan tengah lapar kann . Masa nak masuk , ternampak mesin ABC kt depan kedai tuu . Tiba tiba macam nk minum ABC pulaa ye ;p ABC mak cik tk berapa sedap laa , saya tk puas hati
Lepas makan , blah balik Johor . Hampir nak sampai simpang KulaiJaya Mak cakap dia mengantuk , Mak suruh la aku bawaa . Oke aku bawaa , 100 km/h dan kebawah . ahahaha , aku tak suka bawa kereta orang kaya ni laju laju , takut maaa ;DD Then Mak suruh singgah Prima Tebrau sebab nak check dia punyaa minyak ape ntah ? hee . Aku bawaa sampai Perling , Mak agak membebel bebel jugaa laa masa aku bawa kereta . Sebab apaa , bila Mak suruh potong kereta aku tak buat , Mak suruh laju sikit pun aku tak laju , hampir hampir menjerit Mak bilaa aku nak terlepas simpang sebab aku boleh potong sebiji wira tuu . Alaa relaks la Mak , kereta Wira tu yang lambat sangat , bukan salah orang oke :) Sampai depan Prima Tebrau , En. Kamal dan beberapa jejaka cehh jejaka . Sedang menanti , sebab Mak dah call En. Kamal bgtau yang dia nak datang . Sengaja aku tekan brek secara mengejut depan diaorang , geseran tayar dan pasir kedengaran . Terus kena macam jadah dengan Mak , ahahaha . Turun je kereta , ehh depan tuu baru tukarr tuu , baik baik . ahahaha , alaa relaks la bro , bukan laju pun kann . hee , sekejap je kereta Mak dah pun siap . Nasib baik , sebab tak macam selalu agak berejam jugaa nk tunggu .
Bila dah siap menaip naip tiba tiba aku terfikir , apa function title kt atas tu ? Padahal cerita dia sikit je , ahahaha . Sorry la korang , melalut . Kalau rasa nak baca , silakan :) Kalau tak nak , silakan BERAMBUS . ahahaha ;p
No comments:
Post a Comment