Sunday

Scuba Diving

err , sorry la agak lewat aku menceritakan tentang pengalaman aku belajar menyelam di Pulau Tioman . Aku sebenarnyaa menunggu gambar gambar dari Tioman untuk di upload . Maklumlahh ke sana aku tak bawa any gadgets ke sanaa , including my handphone :'(

Saturday , 17th April 2010
    Oke , kami bertolak dari Johor Bahru around 6 a.m. *kalau tk silap laa . Sebab we need to arrive there before 10 a.m. because ferry pukul 10 . So we need to be then one hour before , pehh sumpah mengantuk gilaaa ! Dah la malam sebelum tuu g melepak kt Pandan dengan Nyet and Oon sampai pukul 12 lebih , rasanyaa near 1 o'clock baru aku balik ;p dengan baju belum packing . Aku tidur around 3 a.m. lepas tu kena kejut pukul 5 a.m. Makkkk , awat awal sangattt ? Dengan menaiki kereta WAJA , kami bertolak ! Sepanjang perjalanan yang agak boring tuu , aku tidurr je . bahahaha . Aku dh la mengantuk gilaa , takde mood nk berbual , tidur jelah kann ? hihihi ;p
     Sampai sana pukul 9 pagi , then beli tiket feri , g breakfast dkt food court terdekat . Err, muka sy agak burukk ye anak anak  , maklumlahh baru bangun tidur ;p After breakfast , jam hampir menunjukkan pukul 10 . Kami pun segera ke jeti *bukannya jauh sangat punn . Perjalanan dari Mersing ke Tioman mengambil masa dalam 1 jam lebihh , dalam feri pun aku bedal tidurr , bahaha . Sumpah memang mengantukk !
     muka aku nmpk bersih masa nehh , knp heh ? adakah diedit ?

     Selepas tiba di Pulau Tioman , kami ambil kunci dan masuk ke bilik . Malangnya nasib aku terpaksa berkongsi bilik bersama 3 orang lelaki *termasuk adik aku . Aku tk kisah sangat laa , tp yang agak memberatkan hati aku ni , sebab 1. ada 2 orang strangers yang aku serious mmg tak kenal . 2. Macam mana aku nk salin bajuuu ? erghhh , *terpaksa la kt toilet . 3. Masa tidurr nnt , serammm dohh ! Memang la secara logiknyaa diaorg mmg tak akan apa apa kan aku kann ? Tapi anything can happen right ? Perkara ini bukan disengajakan , sebaliknya TIDAK disengajakan kerana resort dh penuh ! grr , 
     After that , kami turun *selepas salin baju having our lunch . En. Rosman pesan , we should take our meal 45 minutes before diving , and never dive with our empty stomach . Equipment kami disediakan oleh Fisherman Divers golden credits to *err siapa ekk nama abg tuu ? Takpe lahh , tp TENKIU bnyk bnyk ye abanggg ;)

     Kami diberi sedikit briefing , after that kami ditunjukkan secara real satu per satu equipment yang diperlukan oleh seorang diver *selama ni baca buku je ;p Semua benda yang diajarr , masuk exam . Haaa , otak aku nehh dh lama berkarat , tp Alhamdulillah masuk jugaa la dalam otak aku kann ;p

gua khusyuk siaaa ;p
     
     After a little briefing about the equipment , kami kembali duduk menghadap buku . *buku lagiii -.-" dah tenat otak aku haihh . Kami diajar cara yang betul untuk berenang , membersihkan mask *in case kalau masuk air or fogging , dan membersihkan snorkel *err bersihkan snorkel untuk ape ye ? lupaaa a . hahaha , nnt aku buka buku balik laa mcm nehh . 



 inilah adik sayaaa ^^,

     Selepas itu , kami dikehendaki turun ke laut . Dengan membawa snorkel dan fins kami ;) Instructor mahu kami SNORKELING . Sambil itu kami practice untuk membersihkan mask dan snorkel kami je , agak susah untuk pertama kami , tp Alhamdulillah semua berjalan lancar . Kami jugaa diajar untuk mengawal buoyancy kami semasa didalam air , part nehh yang aku palingggggg lemah ! 
rasanyaa masa nehh haikal tertelan air masin kutt ? yerkkk ,
  nmpk tk aku ? yg paling kecik tulahh sayaaa ^^,
 after snorkeling , 

     Selepas melihat kami ber-snorkeling ;p Kami naik semula ke atas daratt and prepare the equipment sebab Instructor sudah sampaii ! ngeh ngehhh , excited rasanyaaa whott whott ^^. Instructor need to prepare himself sebab baru balik scuba , sementara itu En. Rosman mengajar kami cara cara untuk memasang equipment .

     Oke , equipment sudah siap ! Prepare untuk turun ke lautt ;) Tapi sebelum itu , diberi briefing sekali lagi sebelum turun oleh instructor kami , EN. MOHD NOORHAMDI . Diwajah masing masing terpamir rasa excited untuk turun menyelam , hee 
err , sgt sgt berattt ! erkk 
 aku laa paling kecik , bahaha ;p

     Kami harus memikul equipment ke dalam lautt , hari pertama sangat sangat mencabar kami , sebab benda ini mmg sangat sangat berat ! Kami meyelam sedalam 6 meter , sebelum memulakan perjalanan menyelam kami , kami dikehendaki menunjukkan cara cara pembersihan mask *seperti semasa snorkeling dan mengambil semula regulator kami , in case kalau terjatuh or something . Selepas itu , Instructor membawa kami berenang ke dalam . Walaupun tk dalam sangat , tapi ada jugaa coral ^^. Coral sangat cantikkk , I likee~ Ada jugaa nampak beberapa ekor ikan , cantik cantikk ;) Pertama kali menyelam , rasa takut itu semestinya ada kann ? Begitu jugaa aku , tp sesungguhnyaa pengalaman menyelam sangat menyeronokkan !
     Perkara yang paling mencabar dalam scuba diving adalah , apabila selepas menyelam , nk naik semula ke darat . Mak kauu , hampir hampir aku tergolek masa bawa equipment naik ! hahaha , nasib baik berjaya mengawal badan . Kalau takk , sumpahh malu siaaaa . Selepas itu , Instructor ajar kitaorang cara cara untuk bukaa semula equipment dan bersihkan BCD . Selepas itu , sedikit comments tetang kami semasa menyelam . 

     Selepas itu , kami diarahkan untuk balik ke bilik , mandi dan bersiap siap , turun semula ke bawah untuk dinner dan bawa buku untuk belajarr . Dalam 9 p.m. kami memulakan kelas dan tamat dalam 11.30 p.m. Memang dah mengantuk dan penat gilaa masa tu . Kami dibenarkan pulang , selepas diberitahu tentang jadual kami pada keesokkan harinya . Kami perlu bangun dalam pukul 7 a.m. , bersarapan , dan naik boat untuk menyelam dalam kedalaman 11 meter .

Sunday , 18th April 2010
     Bangun dan bersiap-siap . Malam tidur tak lena sangat laa , sebab sejukk . Takde selimut pula tuu ! Pelik kan ? Aku sedar je pagi tuu , kipas dan air cond dah ditutup , haha . Memang sejukk ! Kebetulan pagi tu hujan , lagi lah bertambah tambah rasa sejukk . Kami turun ke bawah untuk breakfast . Aku makan toast and scramble egg , takde selera nk makan makanan yang berat berat . Dalam pukul 8 pagi , kami menyiapkan equipment masing masing . Menunggu Instructor , makanan yang kami makan sepat dihadamkan ^^, Oke , kami terpaksa memikul equipment kami dari diving center ke jeti . Mak aihh , berat berat berat ! Memang tough badan kitaorg , haha . Memandangkan pagi tu hujan , air laut agak choppy dan wavy . Selama 15 minit masa perjalanan ke RENGIS ISLAND , boat agak terlompat lompat . Agak sakit jugaa la buntut nehh ! Sampai je Rengis Island , air laut yang agak beralun membuatkan boat terhuyung hayang . Mula lahh mabuk laut , majority dalam boat mutah , including Instructor . Apa yang aku makan , semua kembali ke dalam laut , haha . Ikan makan muntah akuu , hee~ Oke , setting equipment , pakai . Ada sorang advance diver tunjukkan cara untuk terjun ke laut . Nama style tuu adalah free fall . Ala alaa James Bond gituuu , hahaha . Cool gilaaa ! 


      Masa kt Rengis tak banyak gambar yang dpt disnap , ada pun blurr . So , no pictures , sorry guys . Masa menyelam , aku nmpk Hawk Bill Turtle . Comel je ^^, View mmg sangat cantik , sempat aku bersyukur didalam hati sebab diberi peluang untuk menyelam dan menikmati keindahan dalam laut . Seriously , apa yg kita tnguk kt TV dengan apa yg kita tnguk live , mmg berbeza . Rasa sangat menakjubkan ciptaan ALLAH :') Selama 44 minit kami menyelam , berbagai jenis coral yang cantik dapat dilihat , ikan ikan juga berbagai jenis , cantik cantik belaka semuanyaaaa . Selepas 44 minit dibawah , kami naik semula ke boat . Aku lahh orang pertama yang naik . Masa nk naik tuu , nk panjat tangga boat , dengan bawaa equipment , pehh sangat la mencabar fizikal akuu . Sementara menunggu diaorang semua naik , air laut yang masih lagi beralun membuatkan aku termuntah sekali lagi bahaha . Teruk sehh ! Lepas semua selamat naik , kteorang balik semula ke jeti , untuk tukar tong oxygen dan merehatkan diri .


      Dalam half an hour kami diberi rehat , naik semula ke boat untuk ke Salak Island . Dari jeti ke Salak Islan , tak jauhh . Sekejap je dh sampai . Sekali lagi , kami dikehendaki untuk membuat free fall . Memang cool , aku suka gilaaa ! Kali ini kami menyelam sedalam 16 meter . Masa ni , aku ada nmpk Parrot Fish , ikannya berwarna warni *mcm parrot . Cantik sangat , ada jugaa ikan ikan lain . Starfish pun ada , haa comel je mcm patrik ! Selama 51 minit kami menyelam , agak lama tuu . Berbagai jenis ikan nmpk , cantik cantik belaka . Ternanpak juga landak laut . Ngeri je tnguk , tajam tajam sungguh dia punyaa batang tuu . Tapi aku , haikal dan en. rosman terpaksa naik awal sebab haikal tak boleh Equalize , telinga sakit . So , kami ke permukaan , boat pun amik kami semula . 5 minit tnggu , the others pun naik . Dan kami kembali semula ke jeti . Kembali semula ke diving center , buka equipment , bersihkan equipment , balik bilik . Siap-siap makan , belajar lagii .


      Malam tuu , kami ada Final Exam ! Takut gilaa kalau fail . Aku nehh dh la agak lembab sikit kann , hahaha . Baca buku pun sikit je , tu pun tk masuk otak , aku rasa lalu je kutt . Lepas tuu hilang , hahaha . Dah la aku orang 1st siap buat . Tawakal jelah hantar , syukur Alhamdulillah aku dpt 90% unexpected ! Agaknyaa doa drpd rakan-rakan yang menyokong aku untuk amik lesen scuba nehh , thank guys :')


Monday , 19th April 2010
      Sekali lagi kena bangun pagi , bersarapan dan kitaorang akan buat Leisure Dive . Sebelum tu , kitaorang belajar tentang apa yang perlu dilakukan ketika emergency . Latihan tu dibuat dalam air , sedalam 11 meter . Pertama , kami dikehendaki membuka BCD kami , dan letak dihadapan dan memakainya semula . Selepas itu , Alternate Air Source iaitu berkongsi oxygen dengan Buddy kitaaa . Lastly , CESA . Kteorang kena sedut nafas dalam dalam , dengan membuat aaa sound dan berenang ke permukaan . Sampai je kat permukaan , kami kena isikan BCD kami dengan udara dengan cara manual ! Iaitu meniup BCG tuu . Pehh , part yang last paling mencabar . Aku banyak gilaa tertelan air masin .

       Lepas semuaa siap buat ujian praktikal tersebut , Instructor bawaa kitaorang berenang around there . Not much pictures taken , tp ada la jugaaa . After menyelam selama 59 minit , kami kembali ke permukaan . Masa tu pukul 11 lebih . Kami kena buka equipment dan basuh bersih bersih semua equipment . Balik semula ke bilik , siap siap , kemas barang dan ready to check out . Ferry bakal tiba pukul 1 , tp enth kenapa feri datang pukul 12.30 ? Rushing naik , oke selamat fuhh . Perjalanan ke Mersing diisi dengan pelbagai bunyi . Bunyi orang berdengkur , budak menangis , pehh tension je .


     Sampai je jeti Mersing , terus balik JB . Tp sebelum tuu , kami singgah makan di Restoran Nasi Ayam Baser , err betul ke haa nama diaa ? Betullah tuu kutt , hahaha . Masing masing laparr , hee . Dalam pukul 6.30 kteorg sampai McD Taman Kobena , emak pun dah tunggu . So , calo ! ngee~


Sesungguhnyaa aku tak tipu , hahaha . Pengalam scuba diving memang sangat best , sangat lain rasanyaaa . Kalau berpeluang , amik masa dh belajar laa scubaa , best tauu !

No comments:

website-hit-counters.com